Tuesday, March 6, 2012

Sejarah Berulang?

     Baiklah.Ini blog kedua.Blog yang pertama dulu pun dah kena delete.for what reason? Don't even ask.
Sejarah mungkin berulang.Sindrom malas-nak-update-blog ni lah yang nak aku cakapkan.Tak semua orang ada benda untuk diceritakan dan ada masa yang sangat lapang untuk update blog mereka selalu.Lagi lagi aku ni nak kerja.Tapi berdasarkan perhatian,sindrom ini macam hanya terjadi kat aku je.HAHAHA -.- .
     Macam mana nak jadikan diri seorang yang matang? hmm mungkin aku ni terlalu kejarkan title matang tu sangat.Padahal aku tetap aku.Takkan nak jadi orang lain dihadapan orang lain.Susahkan nak jadi sempurna.Kadang kadang orang salah tafsir,orang fikri bukan bukan.Aku tau,mesti semua orang nak jadi orang yang sempurna di hadapan orang yang mereka suka.Tapi aku? macam mana? aku suka siapa? takda siapa siapa
      Okay seriously.Penat lah hidup macam ni kalau asyik cakap pasal orang yang dah tak suka nak dekat dengan kita.Benda ni jadi kat aku.Tolong lah,bantulah aku lupakan dia.Dah setahun asyik ingat dia je apsal ni..Hishh. Takpelahh.Ingat Allah :) itu yang paling penting sekarang.Hmm tapi aku takut.Memang sekarang aku cakap macam ni,tapi aku takut aku akan ulang balik cerita benda yang sama,Walaupun hanya aku je yang baca benda merapu ni,lama kelamaan aku pun dah mula nak rimas.Bila aku boleh lupakan dia sepenuhnya? ataupun aku tak boleh lupakan dia sepenuhnya? mungkin akan ada sedikit sisa sisa dia dalam fikiran aku.Ya Allah,fikri pasal dia betul betul buat aku rimas dengan diri sendiri.Okay dah berhenti! harap lepas ni tak cerita apa apa yang akan terselit pasal dia walaupun sikit,harap harap :')
     haha tanpa sedar,aku tengah update blog ni sebenarnya.Aku sengaja nak bercerita sendiri,and latih diri aku untuk menaip :) mungkin dengan lebih laju? hope so.
   Jiwa aku sangat complicated sekarang.Dan aku puncanya,yang terlalu menekan perasaan.Haihh sudahlahh

Assalamualaikum :)

Saturday, February 25, 2012

Nak Cuba Lupa

      Hmm kadang kadang susah nak faham kejadian manusia ni. Manusia macam macam perangai. Entah lah,mungkin dah takdir aku ni mengenali orang orang yang akhirnya buat aku rasa sakit hati,kecewa. Maksud aku lelaki. Okay aku muda lagi,padahal sebenarnya tak patut pun fikir pasal lelaki ni. Lagi lagi lelaki yang bukan mahramku. Tapi tu dulu. Zaman jahiliyah,time sekolah dulu dulu. haha dengan kawannya,seniornya. Tapi,dalam banyak banyak ni,aku hanya terkesan dengan seseorang ni saja. Susah nak lupa,berbanding yang lain. Ego seorang lelaki ni kita tak boleh ramal. Mungkin salah aku jugak yang berperangai macam budak budak yang suka mendesak dan membuatkan dia jadi rimas,sampai dia bertindak untuk mendiamkan diri tanpa memberitahu aku apa sebabnya dia pergi macam tu je. Hampir setahun aku cari jawapan. Dan setahun tu adalah tahun yang sepatutnya aku berjuang untuk SPM. Entah lah,tapi rasanya takdelah sepanjang tahun asyik meroyan fikir pasal dia je. Banayk lagi benda lain untuk difikirkan. Cuma sampai sekarang aku tak pernah lupa, dia. Sampai sekarang. Aku rasa dia dah betul betul lupakan aku seratus peratus, dan mungkin ada perasaan benci kat aku sebab asyik hubungi dia sepanjang tempoh setahun ni. Cuma,aku tak pernah lupakan dia. tu je. Dan sekarang dah nak masuk dua tahun. Mungkin takkan lupa. Tapi walau macam mana pun,aku harus lupakan dia,sebab mengingati lelaki yang bukan mahamku,haram hukumnya. Aku tak mahu tiba tiba dapat dosa senang senang je macam tu.Hanya sebab dia, yang bukan sesiapa bagi aku,bagi masa sekarang. Takpelah,mungkin ini pengajaran. Supaya aku pandai memilih, dan tahu menjaga adab dengan lelaki ajnabi.
               "Maafkan saya,bukan sifat saya terlalu berharap dan terdesak yang mungkin seperti awak fikirkan lepas awak dah bencikan saya. Dan bukan sebab muka awak yang comel dan attitude awak yang sangat baik dulu yang buat saya terkejar kejar dengan awak. Entah lah,saya sendiri pun tak dapat nak tafsir,dan macam mana nak terangkan kat awak.Sebab awak dah benci sangat dekat saya kan. Maaf,cakap mcam ini dan pasal ini pun dah buat saya geli. Bukan macam dulu,ckp I U lah.sweet sweet bagai. Saya nak berubah,tak nak jadi macam dulu. Jadi perempuan yang sepatutnya saya jadi".
             Aku nak lupakan kau. Jadi kau harus lepaskan aku. Aku bukan perempuan yang terdesak. Sebab jodoh tu sudah ditentukan. Jadi aku hanya redha. Jika kau baca ni, aku minta maaf dan berdoa lah supaya aku dapat lupakan kau. Benda ni salah, aku tak patut kenal pun sebenarnya. Tapi ini lah namanya takdir. Takdir bahawa aku akan kenal kau bila aku pindah kat sekolah tu. Sampai satu tahap aku pernah berharap aku tak pernah kenal kau,tak pernah hubungi kau,tak pernah tahu ayat ayat manis kau.
          Okay dah jauh melalut ni.haha sudahh. Ini luahan hati je. Harap tak ada orang baca dan jumpa blog ini.

Assalamualaikum :)

baru

Alhamdulillah satu permulaan yang baru. Satu lagi blog yang baru nak di bina. Harap penulisan selepas ini menjadi lebih matang,berbanding sebelum  ini yang lebih bersifat kebudak-budakan. Biasalah budak baru belajar...ahak! *apa merepek ni -.- . Gtg, masa untuk pergi bekerja.haihh sangat bosan.

Assalamualaikum :)